Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 26, 2018

Dah begini cara ku...

Lepas solat subuh.
Dalam sepi awal pagi
Tiba tiba hati bersuara.
Sampai bila nak macam ni?
Tak bosan ke?
Perlu ke terus begini?
Hmm....
Aku serahkan kepada Mu Tuhan.
Aku tidak mau merancang kerana
mimpi ku tidak pernah menjadi realiti.
Biarlah,
Aku akur saja apa jua pengakhiran nya kerana
hanya Kau yg maha mengetahui apa yg terbaik buat ku.
Kau yg menentukan segalanya.
Aku hanya insan lemah yang melangkah ke depan
Selangkah demi selangkah.
Tidah terlalu meminta minta
Tidak mahu terlalu berharap
Sekadar berdoa semoga masih ada belas mu ya Allah
Semoga esuk lebih baik dari hari ni.

Dah nak siang dah..
Di luar dah ada cahaya.
Saya nak urus haiwan peliharaan.
Nak siram pokok.
Nak sapu laman.
Nak sedia sarapan
Nak sidai pakaian
Nak kemas ruang.
Mungkin dunia saya tak seindah dunia orang lain.
Tapi ini lah dunia saya sekarang.
Biarkan saya bahagia cara saya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...