Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 5, 2018

Keperluan mendahului kehendak.

Ada yang saya nak miliki tapi sampai sekarang saya masih tak berpeluang untuk memiliki.
Ada makanan yang saya nak makan tapi belum dapat rasa di lidah lagi.
Ada benda yg saya nak sangat beli tapi belum terbeli lagi.
Ada perkara yang nak saya selesaikan tapi masa belum mengizinkan ia selesai lagi.
Ada orang yang nak sangat saya jumpa tapi dia entah di mana.
Ada niat yang sepatutnya dah terkabul tapi terpaksa didiamkan dulu buat masa ni.
Ada sesuatu yg saya nak sgt tengok tapi tak sempat nak saksikan lagi.
Ada rahsia ya saya nak sangat hebahkan tapi bukan masa nya lagi.
Ada kata2 yg perlu saya ucapkan tapi lebih baik saya diamkan sahaja buat masa ni.
Ada kesal yg bersarang di hati...
Kesal dan kadang2 tu pasrah juga.
Nak buat macam mana,
tak ada siapa pun yang tahu yg terbuku di hati.
Usahkan orang lain, diri saya sendiri pun tak terlayan kehendak hati yang tersembunyi.
Adakah kerana keperluan orang lain lebih penting dari kehendak diri sendiri?
Begitulah nampak nya...
Kehendak hati selamanya tertanam dalam hati.
Bawa bersama nafas terakhir nanti.
Berkubur bersama jasad.
Menunggu mati.
Sampai mati pun kehendak tidak akan kesampaian.
Keperluan orang lain saya sentiasa cuba penuhi
Kehendak saya tidak ada siapa yg yg ambik peduli.
Sabar lah wahai hati.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...