Buah tangan dari kawan2 yg bercuti di Cameron highland.
Baru jap tadi saya terima.
Suka sangat sangat.
Suka kerana ada yg ingat nak kongsi gembira bercuti.
Alhamdullilah.
Saya sentiasa dapat buah tangan dari mereka yg dekat di hati saya.
Tq Kawan lama
Tq Kawan baru
Tq Adik kakak
Tq anak2
Tq Saudara mara
Tq Worih waroh
Tq Jiran
Tq anak murid/bekas anak murid
Tq tq tq tq
Yang tentunya dari mereka yg ingatkan saya.
Semenjak saya tak boleh kemana mana
Terantai kaki dan tangan.
Mereka ni kesiankan saya agaknya.
Memahami payah saya
Cuba menghiburkan saya.
Saya dapat macam macam.
Semua saya hargai, suka sangat2.
Murah mahal tak kira, keikhlasan tu membuat hati terharu.
Buah tangan dari dalam negeri ke luar negeri ke,
Semua nya buat saya bahagia.
Macam macam saya dapat, yg saya heran nya macam mana mereka tau apa yg saya suka?
Kalau dapat mesti benda yg saya nak.
Hiasan rumah paling banyak.
Fridge magnet
Perkakas memasak.
Apron
Towels
Pakaian
Telekung
Makanan kegemaran
Pokok bunga
Pets
Alatan berkebun
Brooch
Set dandanan
Gincu
Barangan kaca
Beg
Kasut selipar
Tudung
Buku
Tak dapat nak di senaraikan lah, byk sangat.
Apa yang lebih mengembirakan selain dari rasa masih ada yg sayang?
Terima kasih Tuhan kerana menghadirkan mereka dalam hidup saya.
Kalau nak sebut satu2 nama mereka yg telah mengembirakan saya memang saya tak mampu
Ramai sangat.
Menerima buah tangan adalah kejutan yg manis.
Tak mampu nak ucapkan terima kasih secukupnya
Tapi nak juga ucapkan sekali lagi di sini.
Jutaan terima kasih buat semua yg pernah memberi.
Saya doakan kamu murah rezeki sentiasa.
Tuhan sajalah membalas baik budi semua orang yg memberi.
Sebenarnya kamu tidak tau bagaimana kamu semua telah membuatkan hati saya berbunga bunga.
Ok, nak kongsi buah tangan terkini..
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik itu budi...
No comments:
Post a Comment