Cucu,
Sanggup kah kamu memimpin tangan ku bila mana aku memerlukan pimpinan dari mu.
Membawa ku ke balkoni melihat warna pelangi
Atau memimpin ku ke bilik air, memandikan ku, menyikat rambut ku dan memakaikan ku bedak, sanggup kah kamu cucu ku?
Cucu.
Boleh kah kamu bantu aku berwudhuk?
Menyapu muka ku dan membasuh kedua kaki ku?
Boleh kah kamu sarungkan telekung menutupi aurat ku sewaktu aku mau mengadap Dia yg memanjangkan usia ku..
Cucu, laratkah kamu mendengar hikayat yg sama yg aku ulang tayang setiap pagi dan petang. Tidak akan jemu kah kamu?
Cerita2 basi sejarah mak ayah kamu itu ku dendangkan di telinga mu berulang ulang kali?
Dan sanggup kah kamu menjawap soalan2 sama yg aku tanya lagi dan lagi sedangkan jawapan nya adalah serupa..tidak bosan kah kamu nanti?
Sanggup kah kamu?
Cucu,
Bila sampai waktunya aku sudah tidak tau bezakan subuh atau senja,
Bila tilam menjadi dunia.
Bila makan ku bersuap
Dan tidur ku sekejap sekejap,
asyik memanggil mangil mu,
Bergantung harap.
Bila usia ku kembali menjadi bayi.
Sanggup kah kamu?
Cucu,
Sanggup kah kamu melayan kerenah ku?
Aku ini kalau boleh tidak mau menyusahkan siapa siapa,
Namun baki usia hanya Tuhan yg tau..
Sekiranya destinasi terakhir masih jauh,
Aku sangat bimbang..
Mana tau aku mungkin terpaksa tua dan menyusahkan.
Seperti Quran buruk yg rabak, yg sudah tidak cukup mukasurat,
Berdebu di atas almari..
Di simpan hanya kerana rasa bersalah untuk dibuang.
Di letak tinggi hanya kerana kehendak alam
Sedangkan entah berapa kali terlintas di hati
Alangkah baik nya kalau tidak perlu dipamer lagi.
Cucu,
Manis sekali kamu, mirip wajah ibu mu.
Halus mulus kulit mu.
Comel keletah mu menghiburkan kami semua.
Semoga kamu membesar sebaga insan yg tulus hati nya
Eluk budi pekerti nya
Santun tutur bicara
Solehah dan tebal iman nya.
Alisha,
Nenek sayang kamu..
Sentiasalah jadi anak yg menyejukkan hati orang tua.
Menjadi cucu kesayangan nenda.
No comments:
Post a Comment