Sesuatu yang berlaku itu
Punya sebab.
Kadang2 kita tau
Kadang2 Tuhan sembunyikan
Biarlah apa jua sebab nya,
Kita cuba untuk hadapinya
Cuba untuk kuat
Rasional
Matang
Ubat hati kita dengan memaafkan.
Mengalah itu kemenangan.
Tidak kira lah silap nya dimana, salah nya siapa
Yang dah terjadi jangan berulang
Belajar dari kesilapan
Jangan seluk pekasam kalau tidak mau busuk jari tangan.
Jangan ukur lautan kalau galah tidak cukup panjang
Hati ibarat kertas.
Dah di gumpal tidak mungkin pulang asal.
Tidak apa lah kalau kertas ada kesan garisan.
Kerana garisan itu lah tanda ingatan.
Sudah sudah lah...
Jangan garisan itu menjadi koyak yg tak mampu di tampal.
Tidak ada jaminan hubungan sesama manusia akan kekal.
Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Kita hanya merancang, Dia yg menentukan.
Kita doakan yang baik baik.
Hari ini kita susah hati mana tau esuk
Tuhan ganti susah dengan senang.
Jangan menangis.
Segalanya akan kembali tenang.
Ini hanyalah satu episod luka dalam drama kehidupan.
No comments:
Post a Comment