Bila dengar dia berendam air mata, hati ku pecah.
Ketawa sudah surut dari bibir manis itu.
Suram mata nya yang tidak merindui lena.
Jangan terus dijeruk perasaan mu sayang
Tuhan ada,
kita mohon agar segalanya hanya sementara
Bertabahlah hadapi musim luka ini
Kuatlah, cekal lah..
Sememangnya aku hanya mampu menjadi bahu,
Cuba memikul duka mu
Apa daya ku selain dari meminjamkan telinga
Sabar lah anak,
Dugaan ini dari Dia..
Merintih lah di ribaan Dia
Dia lebih tau yg terbaik buat mu.
Aku ini duhai anak,
dari malam tadi,
sebaik mendengar berita airmata mu..
Sebak ku menjadi jadi.
Remuk di hati ku menjelma kembali
Aku pernah melalui lorong berduri itu.
Pernah tersungkur seperti mu
Tapi aku bangkit kembali dan melangkah ke depan semula.
Memaafkan bukan melupakan.
Memaafkan demi ketenangan hati sendiri.
Memaafkan kerana kita insan biasa
Sentiasa ada khilaf nya.
Tuhan ku,
Aku menyusun jari sepuluh memohon limpah kurnia Mu.
Padamkan lah segala resah di hati wanita ini
Kembalikan ceria di wajah nya
Semoga segala ribut dan mendung cuaca mengundang
hadir nya pelangi yg bercahaya...
InsyaAllah.
4 comments:
Sandarkan semuanya pada DIA...
semoga orang yang dimaksudkan itu kuat menghadapi dugaan
PeRdu cINta, kepada dia lah tempat memohon dan berserah...
Hans, insyaaAllah, saya yakin dia boleh lalui semua ni dgn sebaik mungkin.
Post a Comment