Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, August 1, 2018

Terima kasih kerana bertanya...

Ramai yang bertanya...
Apa khabar saya sekarang..
Ok ke tak ok..
Kuat tak?
Tabah tak?
Alhamdullilah saya ok saja.
Terima kasih kerana ambil peduli keadaan saya.
Terus terang saya nak cerita...
Saya ni,
Kadang kadang,
Bangun pagi dengan hati lapang, ceria dan tenteram
Tapi kadang kadang,
Celik mata berebut persoalan dan kebuntuan menerjah dalam fikiran.
Kadang kadang,
Bukak Quran, baca dan baca sampai 5 juz sehari tanpa masaalah
Tapi kadang kadang,
Nak habiskan satu muka surat tanpa tangisan pun payah, bergetar suara, halkom bagai disumbat batu berduri..
Kadang kadang
Makan meggi pun sedap, habis licin semangkuk.
Tapi Kadang kadang,
Makanan kegemaran terhidang tapi selera tidak ada, setiap suap ditelan bersama kenangan yg hadir..payah nak hadam.
Kadang kadang,
Seronok bila ramai yg ambik peduli, singgah bertanya khabar dan riuh suara anak negeri
Tapi kadang kadang rasa tak nak jumpa sesiapa, nak masuk dalam lubang cacing dan bertapa.
Kadang kadang hati redha, pasrah, syukur seadanya, fikiran positif dan yakin kuat.
Tapi kadang kadang jadi macam budak kecik, nak meraung, nak berpeel, nak teriak guling guling lepas perasaan dan jadi bodoh sebodoh bodohnya.
Ini bukan depressi,
Ini bukan penyakit hati
Ini hanya lah episod kehidupan saya yg terkini.
Ini lah perjalanan hidup baru saya dalam cubaan untuk terus melangkah ke depan.
Saya yakin saya tidak bersendiri kerana Tuhan tidak pernah tinggalkan saya.
Saya sedang belajar untuk menerima takdir saya, maafkan saya kalau sekali sekala saya mempamerkan kelemahan saya kerana berpura pura kuat itu bukan mudah.
Payah.
Amat payah.
Terima kasih sekali lagi
Izinkan saya menyepi dulu seketika, sampai waktunya insyaAllah saya akan kembali semula sebagai saya.
Doakan yg baik baik buat saya ya.

1 comment:

Anonymous said...

Assalam...Semoga Puan kuat hati..kuat perasaan & TABAH.
suka baca tulisan puan.
Semoga Puan sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...