Sejuk hati baca sajak dari salah seorang anak sedara saya yang di tujukan buat mak saya,nenek dia..Itu lah mak saya yang sebenarnya..
sajak utuk chek (my nenek )
nenek tidak pandai
Menghantar mesej ringkas
Setiap yang dikirim
Bisu yang berbalas
nenek tidak pandai
Meneka mana Eropah
Cuma di benaknya
Mahu ke Mekah
nenek tidak pandai
Menghadap teknologi
Hari ini ia belajar
Esok diajar lagi
nenek tidak pandai
Memakai baju mahal
Ke mana jua pergi
Kurung tak ditinggal
nenek tidak pandai
Mengerah amarah
Tapi tajam jelingnya
Buat kami bersalah
nenek tidak pandai
Berbicara syahdu
Hanya tutur mata
Meluahkan rindu
1 comment:
dia tahu erti kasih sayang! :))
Post a Comment