Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, July 30, 2010

Istana ini mimpi kita..

Anak anak ini
bermain pasir.
seronok membina istana.
Istana pasir.
Istana pasir adalah mimpi.
secepat itu di bina
secepat itu lah runtuh..
Anak anak ini tidak tahu.
Hidup tidak sesenang mendirikan istana pasir.
dengan gelak tawa mereka berkerjasama
Puas menekap dan mencorak
memunggah pasir biarpun berpanas.
Cuba bina yang lebih baik dari
istana yang di sebelah..
berlumba lumba menjadi kan istana gah dan indah..
Hidup ini pun macam tu lah anak,
kita cuma harapkan yang terbaik.
Kita tidak pernah tau dan tidak akan tau
istana sipa yang runtuh dahulu.
istana siapa yang kekal menyapu awan.
Istana yang kita bina kita harapkan,
tidak menjadi pusara..


2 comments:

Pak Man laksam said...

Semoga kekal hingga hujung nyawa........

Anonymous said...

Ramai yang masih terus membina istana atas tapak yang sama. Batu-bata boleh dibeli dan ditukar ganti tapi tanah tak dijual satu tempurung.Bina istana baru, atas tapak yang sama biarpun dasar atau peten bukan lagi yang dulu.(makcu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...