Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, August 14, 2010

Lain kali belajar bahasa perancis..


Bila teringat balik citer ni saya tersenyum sorang sorang. Gini kisahnya.
Sewaktu di Paris baru2 ni hubby saya sakit gigi dan bengkak gusi.
Saya keluar ke Mall bersaorangan dan masa nak balik ke hotel tu saya mencari cari farmasi.
Bahasa menjadi penghalang tapi akhirnya jumpa juga satu farmasi di pinggir kota tu.
Sekarang problem nya camna saya nak bagi tau ubat apa yang saya nak.
Puas la saya guna bahasa isyarat supaya mamat perancis ni faham.
At last dapat juga ubat sakit gigi yg saya nak tu..Ok., merci bien..
Balik ke bilik hotel, saya terangkan lah dengan panjang lebar kat hubby betapa payah nya nak berkomunikasi bila bahasa jadi penghalang.
Saya bagi tau hubby yang saya terpaksa berlakun sakit gigi dan guna bahasa isyarat.
Hubby diam saja...Ambil ubat tu dan telan kerana dia dah tak tahan sakit.
Satu ayat saja keluar dari mulut hubby saya dan buat saya ketawa guling guling...
" Nasib baik saya sakit gigi...Kalau saya sakit buasir macam mana agaknya yer..."

Nota buat hubby: Kalau awak sakit buasir, awak aje lah yg pergi ke farmasi tu dan tunjuk bahan bukti.

1 comment:

Anonymous said...

Bulih jugak kalau Kak Hani nak tolong gi beli ubat buasir,ambil gambar bahagian yang sakit itu dan bawalah ke farmasi ha ha ha ....(Makcu and Pakcu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...