Ramai yang bertanya...
Untuk jadikan masakan tu sedap nak masukkan apa?
Nak tahu rahsia saya.......?
Senang jer, begini caranya.
Kalau kita masak apa sekali pun, kueh mueh atau lauk pauk,
Sama ada untuk kekawan atau untuk keluarga.
Bahan ini jangan lupa masukkan dalam masakan.
Memang saya tak pernah lupa
BAHAN UTAMA-KASIH SAYANG DAN KEIKHLASAN.
Itu rahsia saya.
Tak dinafikan,
masakan di tempat exclusif yg tersohor hebat lebih memikat.
Chef yg berpengalaman dan presentation yang 'Gah'..
Sedap dan pelbagai pilihan.
Lazat hingga menggigit jari...
Tapi keenakan nya tak serupa..
Bandingkan dengan ikan kembung yang mak kita goreng,
Cucur udang berminyak yg mak kita buat...
Pisang Sira hangit yang mak kita terlalai sekejap tu,
Milo yang mak kita bancuh..
Puding yang tak beku2, yang kakak kita try buat pertama kali..
Atau Roti Peanut Butter yang meleleh2 di hidang oleh adik kecil kita..
Kadang tu tak payah hidang, siap layan diri (ceduk sendiri dari periuk)
Walau tak sempurna, tetap sedap kan?
Kenapa?
Kerana disediakan dengan penuh kasih sayang. Caya tak?
2 comments:
saya percaya sepenuhnya. kalau kita makan makanan yang tukang masaknya kita tak sayang, rasanya tentulah berlainan dengan makanan yang dimasak oleh orang yang kita sayang. faham tak apa yang saya nak cakap ni. berbelit2 pulak ! hehe
al-lavendari,
betul dan faham..mcm awak la. sukakan masakan isteri tu sbb syg isteri la kan...kalau tak sayang tu, isteri masak apa pun semua tak lalu nak telan...apa apa2 pun asal hati ada sayang.kalau tak ada sayang, bukan saja makanan, hidup pun hambar..tawar!
Post a Comment