Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, August 21, 2010

Tak pasal pasal kurus puasa ku...

Malas nak fikir panjang2 dan lama2.
Benda small matter saja ni.
Puasa puasa ni kena banyak bersabar.
Itu kata hati saya masa otak saya waras.
Tapi kalau ikutkan hati saya yang sedang terbakar ni..
Ni yang saya nak kata..
Hei awak,
Mulia sangat kah awak dan hina sangat kah saya?
Pandai sangat kah awak dan bodoh sangat kah saya?
Hebat sangat kah awak dan lemah sangat kah saya?
Walau pun saya banyak kekurangan tapi saya bersyukur dengan bahagian yang telah Tuhan peruntukkan buat saya.
Tolong sikit,
Saya tak nyusahkan awak maka awak pun tak payah ambik tahu hal saya.
Biarkan saya dengan dunia saya.
Awak nak naik ke langit dan terjun turun pun itu hal awak.
Saya tak larang dan tak suruh.
Kalau saya yang nak naik ke langit pun itu hal saya,
Awak tak berhak nak tahan tahan..
Saya dan awak tak sama.
Tolong jangan buat saya memusuhi awak.
Kali ni saya ngaku saya marah...
Tapi saya bukan benci.
Jangan paksa saya jadi benci.

2 comments:

aG said...

Salam n slmt berpuasa...... Tak blhkah kemarahan dan kebencian di sejukkan dgn siraman kesabaran?

Granny Hani said...

aG, sabar dan redha adalah dua perkara yang senang cakap dari buat...tapi syukurlah, setakat ini kesabaran tu masih ada.Sama2 lah kita berdoa agar kita semua dapat bersabar dengan dugaan dari Allah..insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...