Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 9, 2013

Gulab Jamun resipi Mrs Shariff masih saya simpan

Semangat 1 Msia.
Kaum Cina sibuk duk agih kueh bakul dan limau,
saya pulak sibuk duk buat kueh yg layak nya untuk perayaan Depavali.
Salah ke?
'Gulab Jamun'
Kueh yg saya kenali melalui jiran saya sewaktu menetap di luar negara dulu.
Mereka berbangsa India dan suka benar hulur kueh2 tradisional mereka buat keluarga saya.
Walau di bumi asing tapi budi yg baik di kenang jua.
Di tempat saya ni tak ada kedai yg menjual kueh2 macam ni.
Bila rasa nak makan, kena usahakan sendiri lah.
Rasanya?
Manis dan semerbak keharuman buah pelaga.
Sedapppp....
Sebenarnya ada yg lebih saya suka dari kueh ni,
tapi saya tak reti nak buat.
Memadai lah dengan kueh ni untuk mengubat rindu pada kawan lama/Jiran saya tu.
TQ Mrs Shariff from Kessington Avenue, London.
Best kan, makan kueh ni sambil duduk2, borak sewaktu menunggu anak kita di perkarangan Kessington Primary School dulu.
Manis kueh ni mengubat kesejukan di musim luruh.
Nampak nya hari ni secubit kueh yg saya jamah ni sangat susah nak telan.
Melekat di kerongkong bersama kenangan2 lalu.
Teringat pulak kat  teman2 di perantauan.
Those were the happy days.....


3 comments:

insan marhaen said...

Tak biasa dengar. Bestkan bilamana ada pelbagai kaum bersama kita lalu boleh sama sama menikmati pelbagai resipi makan?

Malaysia pula mewah dengan sumber tumbuhan!

Al-Manar said...

kenangan lama memukau. Bila nampak Kessington saya terkenang pula Kensington - High Street nya, Tube Station nya. Cuma ejaan lain sedikit.

Anonymous said...

Susah x nak buatnye?sy suka sbb rsanya cam myk sapi..sy msa kt sna hr2 mkn gulab jamun ni..ni tekak rsa cam tbyg2 gulab jamun masuk k dlmnye..hehe..tgk gbr gulab jamun..rsa cm nk mroyan..shareah resepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...