Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, February 26, 2013

Jom, singgah sini.

Ada lah sebuah kedai caca merba berdekatan dengan tempat saya cari makan.
Katanya tu kedai untuk peniaga pasar malam beli barang secara borong.
Tauke kedai tu murah hati betul.
Dia benarkan kami membeli belah tanpa perlu beli secara borong pun.
Harga tetap harga borong.
Jadi nya lepas sekolah tadi kami serang lah kedai dia tu.
Jangan tanya apa yang ada kat kedai dia.
Semua ada.
Barang dapur, perkakas elektrik, alat tulis dan segala macam mak nenek ada.
Mak nenek yg bernyawa tak ada lah.
Double tape yg paded tu 1 hengget segulung.
Plaster luka satu kotak {bekalan setahun} pun 1 hengget.
Permenant marker sama jugak.
Gunting, senduk, screwdeiver, tuala dapur semua harga sama
Yang mahal sikit penyidai tuala yg sangkut kat atas pintu toilet tu, 2 hengget.
Banyak barang harga rm1, rm2, rm3 dan rm5..
Tak habis nak borong.
Selimut kain bulu lembut buatan china tu rm 18..
Aduhhh..semua nak, rambang mata di buat nya.
Yang paling mahal, pemanggang ajaib yg saiz besar(lebih besar dari yg jenama ikan tu)
buatan Italy harganya RM80..(kawan saya cakap kat Langkawi harga lebih kurang, kena usung naik ferry lagi)
Siapa singgah di Wakaf Che Yeh, jangan lupa singgah kedai ni.
Tapi dengan syarat.
Datang dengan Lori.

6 comments:

Chik Att said...

Hahahahha...jimat poket cikgu kan ...

Nizam.Ariff said...

Huh! Kat mana tu?

Bukan nak datang
Tapi nak halang wife dari mendekati kedai tu... hahaha

Granny Hani said...

Nizam,
bak sini no hset orang rumah tu, akak nak kasi peta kedai ni kat dia

Granny Hani said...

Chik Att,
adoii...nak kata jimat pun tak jugak, dah masuk kedai tu mula lah beli segala benda yg tak terlintas pun nak beli kalau tak ke sini.

al- lavendari said...

terlioq saya dengaq .. bila saya ke sana nanti, saya dapatkan pelannya dari cikgu ya !

secangkir madu merah said...

hahaha... bawak lori senang ya, macam nika mak nenek boleh diborong...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...