Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, February 15, 2013

Jangan sampai jadi macam Ali ni, kesian Ali tau!

Nak cerita pasal Ali.
Ali suka main bola.
Hari hari Ali main bola.
Tu masa Ali sihat walafiat lah.
Ali ni memang segak tampan.
Maklumlah orang kuat bersukan.
Bukan saja penampilan hebat, mulut pun hebat.
Isteri Ali dah lali dah bab kena sumpah seranah ni.
Tak cukup tu, Ali siap pasang spare tyre sorang lagi.
Satu kampung lah Ali canang keburukan isteri dia.
Penuh mulut puji pujian Ali buat orang baru nih.
Nama isteri dia dah lupa, kalau nak panggil dia guna nama haiwan saja.
Kalau kumpul gelaran yg dia bagi kat isteri dia ni, boleh bukak Zoo sebesar Zoo negara dah.
Ali mendabik dada dan jalan pun dah gaya Ajiz Satar dlm cerita Ali Baba Bujang Lapuk.
Maklumlah duit melimpah ruah, bisniz pula sedang ranum..Loaded giler Si Ali nih.
Tu cerita dulu, sekarang lain cerita.
Ali diserang strok/angin ahmar.
Terlantar lemah separuh badan..
Mulut usahkan nak sumpah seranah bini, nak ngadu sakit pun tak larat..Dah terjueh sebelah bibir tu.
Berak kencing pun harapkan bantuan orang.
Bantuan siapa?
Bantuan bini yg pernah dia panggil nama2 haiwan tu lah.
Hahahahaa...nak tergelak juga saya bila dengar cerita ni
Jadi nya sekarang ni,
Monyet lah yg basuh berak Ali.
Babi lah yg suapkan ubat
Anjing lah yang urut kaki Ali
Lembu tua yg tak pandai layan suami itu lah yg duk jaga Si Ali sekarang.
Badak pekak yg banyak kekurangan itu lah yg ada di sisi Ali di waktu semua kawan2 Ali dah menjauh.
Yer lah, poket dah tak tebal, siapa lagi yg nak jenguk tanya khabar.
By the way Ali, mana orang yg awak duk puji puja tuh?
Tak nampak batang hidung pun...
Aduhhh....Kesian Ali.
Terpaksalah dia tengok wajah huduh kera tu hari hari.
Terpaksalah dia telan masakan beruk yg dia pernah cakap layaknya untuk bagi ayam itik makan.
Terpaksa lah dia berpaut di bahu Si bangang yg dia duk kata busuk hapak setiap kali dia nak duduk ..
Ali...Ali....
Kesian Ali kan?




5 comments:

a.samad jaafar said...

salam kak..
catatan yg bersahaja tapi tajam..
hidup tentu seperti roda..pusingannya ada yg ligat..ada yg lembab.. namun ia tetap berpusing..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Dalam sungguh erti kisah Ali ni. Tulah org tua2 pesan tayar tu bulat selalu bergolek atas bawah.

Ros said...

beginilah sikap manusia...
bila diri ditahap hina, baru nampak murninya orang lain..

Ali satu pengajaran buat kita..
suami isteri harus harga menghargai pasangannya...

Allah Maha Hebat...

Granny Hani said...

A.samad Jaafar,
Nak tau siapa yg betul2 ikhlas sayangkan kita tunggu waktu kita sakit,kita uzur atau waktu kita miskin..siapa yg sanggup bersama kita waktu tu?

Granny Hani said...

Mak Long,
Ada suami yg memang tak pernah hargai isteri tapi isteri yg tak beharga itu lah yg berada di sisi suami dlm waktu macam mana pun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...