Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, February 28, 2013

Hujan pun kenduri tak miss.

Hujung minggu saja ada jemputan kenduri kahwin.Nak uzurkan diri tak boleh pulak,
berdosa tau kalau tak penuhi tanpa sebab.
Lagi pun time kenduri lah kita dapat jumpa wajah2 teman sahabat.
Saya kalau pergi kenduri suka sangat pergi awal.
Gulai masih panas2 baru angkat dari api kata orang tua.
Lagi best kalau ada geng..Makan tak tengok belakang lah.
Tapi lately ni hujan.
Ni tak best nih,
Kena pilih baju yg sesuai dengan musim.
Kalau yg dry cleaning tu simpan dulu.
Kalau yg plain pun jangan.
Kena air hujan, nampak basah nya dan berpeta nanti.
Kalau kain nipis pun baik elakkan.
Transparent terus bila terbasah.
Kasut kena pilih yg di luluskan oleh sirim jugak.
High heels? forget it.
Stelitto? Hahaha..mau nya terpaku dalam selut, tertiarap laaa
Selipar kulit? rosak kulit tu bila basah.
Kasut berjenama? sayang wei, nak redah hujan gitu...
Selipar jepun?
Ini yg terbaik tapi tak kan lah nak pakai selipar jepun kannn
Adoii, payah jugak ni.
Beg tangan?
Saya tak suka bawa dinner bag ke tempat kenduri.
Tambah2 kalau majlis tu rumah saudara rapat.
Kecik sangat dinner bag tu..
Mana nak muat cenderahati lagi, gulai lagi, acar lagi, sambal lagi, kek lagi,
Hidangan pengantin yg berbaki macam udang dan ikan kukus tu mana nak muat?
Terima kasih lah tuan rumah yer,
Saya dah cakap tak payah susah2 lahhhh...
Awak hulur jugak.
Hikhikhikhikkk.....Segan2 pun ambik!


3 comments:

mokjadeandell said...

Perlis pun tgh hujan.Nak pakai raincoatlah,kasut phua cu kang masa pi kenduri...tgk apa kata orang.Agak agak berani dak pakai macam tu.

Mak Wardah said...

Byk jemputan kenduri maknanya murah rezeki, menghadiri kenduri, membina ukhwah sikap murni, ala saya tak pandai berbahasa dan menulis seperti akak

Anonymous said...

salam kak hanny,

enjoy reading d entry. Your personal interpretative tuh mahai. certain things yg may b considered sensitive 2 others look n sound so funny from ur perspective. and I'm enjoying ur humor :)

xxoo ryaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...