Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, February 15, 2013

Kita orang yg terpilih...

Kemana saja saya singgah,
ada payah yg ke udara.
Orang tu macam tu payah nya
Orang ni macam ni payah nya.
Ada yg bermasaalah sebesar bukit
Ada sebesar gunung.
Dengan ini saya istiharkan bahawa...
BUKAN SAYA SEORANG SAJA YG DI DUGA OLEH TUHAN.
Maka sabar lah wahai hati yg rapuh,
Banyakkan lah beristiqfar.
Redha lah..
Hadapi lah segala nya kalau bukan dengan senyuman pun,
bukan juga dengan tangisan.
Kita pakat2 berdoa semoga Tuhan bekalkan kita kesabaran yg mencukupi
agar kita tidak tersasar dari landasan iman.
Kerana kita manusia biasa yg ada kelemahan,
kita berhak untuk meluahkan keluh kesah, berhak untuk mengadu rasa..
Tapi sematkan dalam hati,
DUGAAN ITU WALAU TAK SERUPA,
ITULAH BAHAGIAN KITA, YG DI JANJIKAN ALLAH UNTUK KITA.
SESUAI DENGAN KEMAMPUAN KITA,
ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BUAT KITA.
Maka,
Kita bawaklah bersabar.
Kita saling menasihati dan saling memahami.
Kita kongsi masaalah bukan kerana kita tidak redha,
tapi untuk sedikit kedamaian hati..
Bila ada yg memahami, beban terasa lebih ringan.
Bila ada yang mengerti, hati terubat.
Wahai kawan2 yg sedang di uji dan sentiasa teruji,
Saya seperti juga kamu...
Mereka seperti juga kita...
Take a step at a time,
InsyaAllah kita tak kan apa apa....

7 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Hani,

Benar, setiap manusia dilahirkan akan melalui ujian dari Allah swt.
Kehidupan itu sendiri adalah ujian.

Acik Erna said...

Assalam Hani.Insyaallah..

Nizam.Ariff said...

aku pun pernah, sedang dan akan diduga... dugaan tu lain-lain jenislah tapi.

Granny Hani said...

Kak Nani,
Kita ni tak sunyi dari di uji..

Granny Hani said...

Acik Erna,
InsyaAllah kita boleh hadapinya..

Granny Hani said...

Nizam,
welcome to the club..

Alin Marlini said...

jika kita sedang diuji..igt selalu bhw ada org yg lagi hebat ujiannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...