Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, February 10, 2013

Senyum Boss, mana tau tahun depan dapat pangkat Dato.

Hari ni ke tempat kenduri lagi.
Selain kerana di jemput oleh tuan rumah,kenapa kita ke tempat kenduri sebenarnya?
Mengikut kata kawan saya dia ke tempat kenduri sebab nak jumpa kawan2 yg dah lama tak jumpa.
Betul jugak tu, di tempat kenduri kita bersua muka, dengan kawan,sedara dan mungkin dengan musuh..Hehehe..
Ada orang pergi kenduri sebab malas nak masak.
Selamat lah hari tu tak payah perah otak fikir nak masak apa untuk lunch.
Kunci rumah,angkut semua anak beranak..Sanggup?
Budak2 muda suka ke tempat kenduri sebab ni lah peluang nak intai2 jodoh
Anak Makcik Kiah ke, adik Si Karim ke, atau yg manis kat tepi pengantin tu..
Orang tua2 pun boleh juga intai jodoh, untuk di jadikan menantu lah...
Anis suka ke tempat kenduri kawin sebab dia suka tgok pengantin yg di hias.
Dia suka tgok persiapan pelamin dan yg sewaktu dengan nya.
Iffah suka tgok tetamu yg dtg dengan pelbagai fesyen baju, tudung, kasut dan handbag.
Saya suka tengok wajah ibu pengantin yg kepenatan tapi sangat ceria.
Di bibirnya ada senyum yg mewah tanda bersyukur anak bertemu jodoh.
Di matanya ada harapanbahagia buat masa depan anak.
Di mindanya berkira kira cukup kah gulai buat tetamu.
Di hatinya resah takut ada tetamu yg pulang tanpa sempat di layan.
Saya lagi suka tgok bapa pengantin...
Walau senyum menguntum dan dalam hati ada taman,
di minda dia, segala kos kecik besar perbelanjaan sedang berperang.
Duit mencurah macam air paip bocor bila ada majlis nikah kawin begini.
Aduhh....Penat otak selain dari penat badan.
Payah jugak jadi Bapak ni kan?
Tapi tak per...Relax la Boss.
Tahun ni dapat menantu, tahun depan dapat cucu.


2 comments:

makcu B said...

Makcu belum pernah lagi buat majlis nikah kawin. Tapi kalau oghe nok citer pasal gi jemput oghe tu, oghe ni, hantar kad situ-sini.... makcu dah dapat rasa lenguhnya kaki. Kalau kenalah hari majlis dilangsungkan, bimbang weh, takut rebah!

dinsalleh iskandar@Nosa said...

Kendara ni boleh eratkan ukhuwah... sebab itu walau macam mana sibuk sekali pun atau sejauh mana sekali pun akan sampai juga kita kerumah kenduri tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...