Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, April 13, 2013

Fed up dah ni...

Macam tu macam ni,
begitu begini.
Kita saja yg betul.
Orang lain semua salah.
Dah penuh telinga dengar pasal keburukan orang.
Keburukan diri sendiri berlambak sebenarnya.
Dah silau mata duk tengok aib orang tu orang ni,
Aib sendiri kalau di pertontonkan jugak macam mana?
Dah loya dengan segala macam permainan musim memangkah.
Dah tak sanggup dah.
Tak boleh ke kita cuba tonjolkan budi.
Cuba senaraikan jasa sahaja?
Cuba ketengahkan bahagian positif, tentu setiap orang ada kelebihan nya.
Ini tidak, letih dah otak kita yg perlu memilih ni duk tapis dan timbang.
Macam macam.
Cepatlah tiba tarikh tu.
Cepatlah kita buat keputusan.
Tak kira lah kita nak pilih siapa,
Hak kita.
Pulihkan lah hubungan antara kita ni.
Kembalikan senyuman pada wajah2 yg mencuka.
Mekarkan kembali bunga bunga kemesraan
Sudah sudah lahhhhhhh......

1 comment:

Unknown said...

Rasanya musim mengundi dah macam sinonim dengan musim menambah dosa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...