Poket dah semakin kempis.
Maklumlah tengah bulan dah ni.
Keinginan untuk berbelanja bukan nya semakin surut, sekadar KIV dulu.
Benda wajib beli sentiasa ada selagi hidup.
Yang wajib di dahulukan,
yg sunat beli tu nanti nanti lah.
Agaknya orang yang banyak duit pernah ke fikir macam ni?
Nak fikir buat apa dah duit melimpah ruah tak kehabisan kan?
Nak-Beli, nak-beli, nak-beli...
Dan kalau sesenang itu dapat benda yg di kehendaki, adakah benda tu di hargai?
Dah senang dapat, tak hargai sangat pun tak apa, kalau rosak, boleh dapatkan yang baru.
Kita yang kena fikir beratus kali untuk beli sesuatu yg di luar kemampuan tu, kalau dapat beli,
rasa nak simpan dalam peti besi..sayang sangat sangat, nak jaga betul2..
Penghargaan tu tahap 120%.
Macam mana lah rasanya kalau banyak harta yer?
Agak2 senarai 'perlu beli' tak pernah ada sebab tak sempat masuk senarai, terdetik rasa nak, beli terus.
Agak2 pernah tak mereka kira duit yang ada dalam beg tangan seperti yg selalu saya buat?
Agak2 bahagia tak mereka tu?
Saya ni bila dapat duit/gaji pun, bahagi, tolak dan kadang2 saja bab campur
Duit sekadar mencukupi, syukur kerana tak pernah kebuluran.
Tapi saya bahagia jugak.
Bahagia cara orang tak kaya.
Hari tu saya dan kawan2 keluar makan.
Niat kami nak lunch kat hotel tapi kerana hujung bulan kami pergi restoren saja.
Makan bukan main laju, sedap menjilat jari. dan siap gelak ketawa riuh kumpulan kami tu.
Saya rasa itu dah cukup bahagia buat saya.
Sama jugak la waktu keluarga saya pergi bercuti di tempat biasa2 saja.
Kami celebrate hari keluarga.
Ramai, meriah dan seronok sangat.
Terasa yg saya ada keluarga yg besar dan kawan2 yg ramai
Bukan tu bahagia nama nya?
Bahagia lah tu!
4 comments:
bersyukurlah dengan apa yang ada. jangan lihat ke atas, tetapi lihatlah kebawah..orang kaya mungkin mereka ada amalan lain seperti banyak bersedekah atau sembahyang duha..renung2kan..selamat beramal..
Good Morning Anonymous,
Did you just read the tittle n jump to assumption without reading the whole article? Sory but 'Anonymous' people are always like that.
betul tu...
Masa Mama berpantang lepas lahirkan Ariff dan tinggal di kampung, pada satu hari tu aku nak makan sedap2-sedap.... senarai semua western dan eastern food..
Tapii.... separuh jalan aku patah balik. On the way back, aku singgah kat gerai tepi jalan, beli nasi lemak bungkus..
di rumah, aku makan sorang2 dengan mata yang mahu menangis... " Mamaaa.. uwaaaa"...
itulah... kalau juadah sedap2 tapi yang tersayang tak ada sisi pun tak bahagia juga...
IM selalunya makan di gerai je. Kalau makan di rumah cuma goreng telur je..
Post a Comment