Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, February 18, 2014

penat

Tolong khabarkan pada alam semesta
Aku hanya ada dua tangan dan dua kaki
Bukan 4 tangan, bukan 6 kaki.
Jari2 ku hanya sepuluh di tangan dan sepuluh lagi di kaki
Jari2 ku bukan beribu....
Dalam kepala ku ada otak yg kecil, hanya muat di telapak tangan,
Bukan sebesar purnama di dada malam.
Kecil dan sudah penuh sarat.
Sudah lebih muatan.
Untuk menapis, mentafsir dan mencongak fakta dan mimpi
teasa seperti sudah tidak mampu lagi.
Apa lah yg mampu 2 tangan dan 2 kaki lakukan,
Sentiasa kerja lebih masa, mendera tangan kaki secara rela
Adakala tangan kaki nak juga di belai manja tapi
sedia tahu itu semua hanya dlm mimpi.
Khabarkan kepada awan, kepada ombak, kepada unggas di hutan
Kemungkinan mereka akan faham
Khabarkan pada hujan pada mentari pada bulan
Kemungkinan ada simpati buat ku
Sentiasa ku khabarkan pada mu Tuhan,
Mengharapkan belas ehsan.
Kadang2 aku ini,
terasa amat penat dan tertekan.

2 comments:

rusmin yunus said...

Salam K'hanny,

I always adore you... amaze to read each of your entries.

one stupid Q... are you aware of your beautiful talent?

keep writing k'Hanny
from your loyal follower ryaha :)

rusmin yunus said...

Salam K'Hanny,

You are so talented :)
I am amazed to read you entry.. entries.. you wrote simple issue but beautifuly. Keep writing :)

ryaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...