Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, February 5, 2014

Walau Tuhan kita berbeza.

Tadi singgah di kedai kawan lama saya Pn.Yang.
Terkejut dia tengok saya sebab dah hampir 3/4 tahun saya tak jengok kedai dia.
Dia mengusahakan kedai menjual peralatan berkebun 'Yang Garden' nama nya.
Dah lama x jumpa tu tak cukup mulut nak cerita ceriti.
"How's your doter..kat spital mana sekarang?"
Dia tak tau yg anak saya sakit dan on medical leave.
Bila saya cerita segalanya pasal Ja dia menangis.
She saw Ja grow up thats why.
Tapi yg saya nak cerita ni ialah sikap dia sebagai seorang kawan.
Berlainan agama dan bangsa, tapi dia memahami apa yg saya lalui.
Kata nya...
" Nie, you solat hajat tiap2 malam, mintak dari your God to make her be on her feet again.Do not hesitate to ask from Him, He is listening.And if worse comes to worst, be thankful of the time both of you spent together, cherish the moments.."
Saya hampir menangis bila dia peluk saya.
I told her that I wanted to do some gardening just to take my thought away from the hurt.
"Yes Nie, you should do that.you nak pokok apa? Baja? Pasu?"
Beria dia bagi sokongan moral.
"Yang, I nak yg ni, yg tu...yg tu jugak plus, tanah, baja dan alat berkebun.you kira dulu k, kalau cukup budget I nak pasu gantung jugak"
Guess what?
Saya keluar dari kedai dia dgn muatan penuh satu kereta.
How much did I spend?
In another words, kira mcm free jer.
Dia kata kalau dia cakap free surely saya tolak, so she charged a small sum..rm 100 saja..harga 2 bijik pasu besar pemeluk saja tu.
Why did she do that?
Kenapa dia baik sangat?
Itu lh sokongan moral dari seorang sahabat.
She knows I need the moral support more than anything.
TQ dear old friend,
Ni baru betul2 persahabatan 1 Msia.
Tak perlu masuk paper, masuk berita primetime.
Deep inside I know,
I found a friend in her.
Gong Xi Fa Cai  to both Ah Seng and Madam Yang,

4 comments:

Kniedaz said...

susah nak cari sahabat seperti itu.. ^_^

Anonymous said...

it is sad but true, caring and sincere friends surprisingly can come from those who are not of our faith. often our own community are so used to be judgmental. may we too can show such noble kindness to them in their times of need.

cinta said...

terharu..

Unknown said...

beruntung mempunyai rakan yang mahu bersahabat dengan ikhlas...berada bersama tak kira masa kita senang atau susah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...