Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, November 29, 2014

wad 7 HUSM

Tak suka pun bila tak ada pilihan kena suka juga.
Terpaksa suka.
Hospital.
Semua orang pun x suka ditahan di wad.
Walau manis macam mana pun senyuman jururawat,
Baik hati macam mana pun staff yg bertugas,
Berbudi bahasa macam mana pun para2 doktor yg merawat,
Tetap tak suka jugak,
Tapi kalau dah doktor nasihatkan begitu, itu yang terbaik lah.
Mak saya.
Selama ni dia x pernah masuk hospital.
Kalau masuk pun atas tiket pelawat.
Dia memang penakut.
Dia tak suka segalanya mengenai hospital.
Tapi nak tak nak,
Dia terpaksa akur.
Dah dua tiga hari dia tak sihat.
Dah acap jumpa doktor di klinik swasta
Semalam dia dipaksa ke hospital.
Di paksa baru nak pergi.
Kami bukan nak dera dia tapi kami dah risau sangat dah.
Kakak saya yang urus segalanya.
Saya tau mak mesti gelisah nak balik.
Sakit2 pun degil tu serupa.
(Padan lah anak dia degil!)
Mak,
Nanti mak sihat, mak bolih la kembali ke rumah.
Nanti saya masak apa saja yang mak nak makan.
Sementara tu,
Cubalah bersabar.
Kesian kakak saya
Saya tak dapat bantu dia di hospital.
Saya sekadar boleh tanya khabar.
Kalau dapat jenguk pun sekejap2 saja.
Saya tau kakak saya faham.
Tuhan ku,
Permudahkan lah urusan kami,
Sembunkanlah sakit mak kami,
Berikan kami kesabaran dalam menempuh dugaan ini.

3 comments:

Kakcik Nur said...

Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan segera buat mak...

Aamiinnn

Anonymous said...

Amiin. berat ujian berat ganjaran berat sabar berat nikmat tawakkal. semuga mak dapat rawatan terbaik dan dapat segera keluar hospital dan berehat di rumah dilayan oleh anak-anak tercinta. Amiin>

Nizam.Ariff said...

Aaminnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...