Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, December 24, 2014

langit masih menangis

Musim basah masih di sini
Air menjadi tajuk no1 di carta
Ubi rebus tajuk no 2
Lemas dan hanyut rumah adalah tajuk yg kita x nak dengar.
Pusat pemindahan penuh dan hotel2 sepi
Jalan ditutup untuk kenderaan sahaja, untuk manusia yg sengaja cari penyakit, dibenarkan melaluinya.
Penonton derita orang lain memenuhi gigi air.
Seronok tengok tangga orang tenggelam
Bumbung orang terendam
Harta orang hanyut.
Asal jangan terusik hak sendiri, hak orang lain tak apa.
Anak kecil yg bodoh gelak ketawa main air berarus.
Mak bapak yang lebih bodoh dari itu membiarkan sahaja.
Setahun sekali apa salahnya kannnn
Cuma mereka lupa, nyawa x dtg setahun sekali.
Nyawa kalau tercabut dah tak ada spare part utk diganti.
Begitulah setiap kali banjir di daeerah kelahiran ku.
Aku mengintai intai cahaya di balik gelap langit,
Dah byk hari pakaian di jemuran menanti kering
Bau basah mula menusuk hidung.
Biarlah...Pedulikan..
Berlunjur berselimut sambil menyeksa TV
Tukar2 saluran sampai TV penat.
Cari berita air naik tahap mana dan kawasan mana
Sibuk jadi pemerhati, pengulas dan war warkan amaran.
Anak negeri pekakkan telinga bila aku mula jadi wartawan freelance
Eleh, mummy tu yang lebih2 main air hujan.......
Owh yer ke??

6 comments:

Kakcik Nur said...

Di mana-mana langit menangis bagai enggan berhenti, tapi manusia tetap leka dengan urusan sendiri-sendiri...

Mungkin langit bertanya dalam sepi 'amaran apakah lagi yang harus diberi?'...

Irfa said...

sgt risau kak, doa tak putus2 buat family n mangsa banjir
rumah kami x penah kena banjir, tp baru kejap td mak btau air dah sampai bilik air bawah.lgsuung xleh wat keje duk fikir mcm mana keadaan diorang

Nur Inani said...

semoga banjir kembali surut :)

Ibu n Abah said...

Alhamdulillah rumah cikgu dan kawasan yg terdekat selamat dari ditenggelami banjir.
Rata2 kami yg mendengar dan melihat kawasan banjir tersebut berdoa agar banjir segera surut dan tiada yg kehilangan nyawa.
Dan juga bermohon kerajaan menghentikan acara sambutan besar2an menyambut tahun baru. Wang yg hendak digunakan itu elok didermakan pada mangsa banjir.

Chekgu BaniHassim said...

semoga Allah mudahkan urusan mereka yg terlibat dgn bencana ni...

DaiADellas said...

semoga semuanya dipermudahkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...