Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, December 5, 2014

Maaflah kalau terkasar bahasa saya ni

Macam mana nak cakap ya,
Silap cakap takut ada yang terasa
Kang merajuk pulak.
Maaflah, nak beritau ikhlas dari hati..
Sebenarnya bukan saya tak suka
Tapi faktor masa dan kelapangan saya
Semenjak anak saya sakit
Saya sentiasa dikunjungi tetamu.
Tetamu adalah rahmat.
Saya pun suka bila ramai yang ambil peduli.
Tapi kan,
Cubalah elakkan dari kunjungan di malam hari
Bila matahari berlabuh,
Banyak urusan yang perlu saya selesaikan
Urusan keluarga, urusan peribadi.
Ruang antara magrib dan isyak adalah ruang rehat saya
Sementara menunggu untuk urus anak di lewat malam,
Selalunya saya sandarkan letih saya seketika di waktu itu
Saya kalau boleh tidak mau diganggu
Tidak mau duduk mendengar cerita bertajuk tajuk.
Tidak mau menghabiskan masa rehat yg sekejap tu begitu saja,
Saya perlu minta diri untuk undur dari tajuk perbincangan yg berjela jela
Saya teramat penat
Mata saya dah berat
Fahamilah keadaan saya.
Menziarahi orang sakit cukup lah di siang hari.
Rujuklah adap menziarahi orang sakit.
Betul kan?
Ke salah saya cakap ni?
Kasar ke?
Tak tau lah saya nak cakap macam mana lagi..
Kadang tu nak tergelak juga bila saya lambat buka pintu
(Maklumlh malam2 nak kena cari tudung dulu, nak tukar baju lebih sopan dulu, nak kena halau anak2 yg terbaring depan tv dulu...)
Ada yang cakap...
"Awalnya...dah tido ke...?"
  Laaaa....dia tak tau ke bila ada yang sakit terlantar, peluang untuk rehat walau sekejap, walau sepuluh minit amat berharga.
Tak reti lah saya dan saya tak salahkan dia.
Dia tak berada di tempat saya, bukan salah dia.
Ini ingatan buat diri sendiri juga.





2 comments:

Ibu n Abah said...

Rasanya apa yg cikgu katakan ini mmg benar
Saya juga pernah di ziarahi sedara mara sahabat handai waktu sedang sakit. Mmg ada masa2nya mmg tak terlayan para tetamu yg dtg tak ikut masa...
Mmg Adap Ziarah Org Sakit kita kena tahu. Apa nak cerita pada org sakit dan keluarganya juga kita kena tahu.
Been There.....
Harap masyarakat kita lebih memahami dan mengetahui Adap Menziarahi Org Sakit.
Depa tak sakit depa tak rasa.

Kakcik Nur said...

Semoga 'mereka' mengerti dan memahami...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...