Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, December 17, 2014

Saya

Foto ni buat saya menangis.
Keldai itu tidak mau mati
Mau terus menggalas beban tugasan
Tapi apa daya dia, bila segalanya sudah tidak tertanggung
Dia rebah sendirian.
Sepanjang usia dia dia memikul segalanya.
Rebah yang tidak dirancang
Sekarang dia tidak diperlukan lagi
Entah sudah dibuang ke gaung dalam
Atau di tanam di hutan
Atau dibiarkan kering di tepi jalan.
Sebak sungguh melihat keldai yg bodoh.
Sentiasa dipergunakan.
Entah kenapa, melihat foto ini,
Terbayang dimata
Yg terguling itu adalah saya

2 comments:

mokja said...

juga saya...saya pun terasa mcm keldai tu yg sdg terguling.Kesian kita.

Ibu n Abah said...

Cikgu
Harapnya janganlah cikgu merasa cikgu seperti keldai itu. Setiap yg diberikan dugaan oleh ALLAH ada ganjarannya di Akhirat kelak. Sebab kita beruntung kerana walau diduga, kita adalah umat Nabi Muhammad saw dan seorg islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...