Kadang kadang saya nak minta satu hari. Hanya sehari.
Saya nak start kereta, nak pandu menyusuri jalan tanpa tujuan.
Nak masuk highway pandu saja tanpa destinasi.
Ikut kata hati.
Nak kupas segenap tanggung jawap yg melekat di jiwa
Nak tinggalakn segala duka sekejap.
Nak berseorangan.
Bersendiri supaya saya bebas dari penilaian.
Bawak kereta, dengar radio, dgr lagu, dgr bacaan quran.
Sambil memandu sambil luahkan segala yang terbuku
Nak menangis, nak teriak, nak luah apa boleh saja.
Nak menyanyi nak berzikir nak laungkn ayat lazim sekuat mungkin pun tidak apa.
Suka hati saya..
Bebas tanpa ada manusia yg merasakan mereka lebih pandai menangani duka.
Betul, begitu ramai yg merasakan mereka lebih hebat, lebih tau dosa pahala.
Oleh itu saya pilih untuk tidak berteman, memandu sorang sorang.
Tanpa penumpang, hanya saya.
Biar hati menentukan arah tuju.
Minda rehat dulu.
Kerana minda sudah terlalu lama bekerja
Sudah terlalu lama penat nya minda.
Kali ini tidak ada yg cuba mengajar saya untuk tabah dan redha
Tak payah lah, kerana bila kamu bukan saya,
Kamu tidak berhak menilai graf kesabaran saya
Biarkan saya berseorangan
Saya nak sangat mulakan satu hari khas untuk diri sendiri.
Dari pagi sampai senja biarkan saja saya sendiri.
Perlu sangat untuk melayan hati.
Boleh kah hanya sehari saya bercuti dari memenuhi keperluan orang lain dan
memenuhi keperluan peribadi?
Sudah lama saya abaikan diri sendiri, membiarkan hati terjeruk berkulapuk.
Sudah lama sangat, terlalu lama.
Kadang kadang saya rasa seperti mau lari dari realiti.
Nak pejam mata dan bermimpi.
Pejam mata.
Tak nak bangun2 lagi.
1 comment:
tak salah membahagiakan diri sendiri....lakukanlah
Post a Comment