Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, December 2, 2016

Demi kemudahan dia.

Hari ni nak hantar kereta ke UIA gombak.
Kesian anak yg terpaksa tumpang kawan utk bergerak.
Kereta tu akan memudahkan urusan dia.
Tapi awal2 dah buat prrjanjian.
Hanya utk kegunaan dlm kampus dan untuk pulang ke Ampang.
Bukan utk dijadikan teksi bandaraya.
Bukan untuk kegunaan sunat.
Duit minyak kami bagi bercatu.
Cukup2 saja.
Kalau tak cukup, ikat perut biar kurus sikit.
Kereta bukan kemewahan bagi seorang pelajar tapi
kemudahan asas untuk bantu licinkan urusan ke kelas.
Abang2 dia dulu pun kami bekalkan kereta sewaktu belajar di U.
Tak bagi naik motor, bimbang.
Mak bapak ni fikir jauh ke depan, macam2 fikir.
Tambah2 yg pegang tittle 'Mak'.
Bagi kami mak ni, anak tak pernah membesar jadi dewasa.
Sentiasa anak2, sentiasa bayi gamak nya.
Tu pasal la selain bekal makanan setiap kali nak balik ke perantauan,
Kami bekalkan tazkirah dan khutbah yg panjang.
Ingatan jer tu tapi mereka cakap membebel.
Membebel tanda sayang.
Hari ni sebuah kereta akan tiba di riba mu anak.
Penuh kereta mummy isi bekal ingatan dan panduan.
Sendat dgn undang2 dan perjanjian.
Jangan lupa, saman polis dan JPJ tak sedasyat saman dari mummy.
Maka, hati2 dan beringat sebelum lesen memandu di kampus mummy tarik balik.
Hukuman tanpa tawar menawar.
Tiada alasan utk kurangkan hukuman.
Dont ask me why.
Why?
Becoz I said so.



6 comments:

Nizam.Ariff said...

Bcoz i said so...huhuhu...takottt....

Kakcik Seroja said...

Anak saya sekarang menjalani latihan industri di sebuah hotel. Berkereta kalau jalan tak sesak, lebuhkurang 15 minit boleh sampai dari rumah. Tapi dia tiada lesen memandu mahupun lesen menunggang motorsikal. Jadi, kami suami isteri lebih rela dia naik kenderaan awam atau dihantar dan dijemput sahaja. Tak berani nak bagi menunggang motorsikal pun...

mokja said...

Hani,what u did were what I did. Sampaikan dilabel mulut banyak,bising. If they open up my heart ,they will see what they wouldnt see.
Segala apa yang ada mau diserah pada anak2 utk kebaikan dan keselamatan anak.
Semoga apa yg kita buat,diberkati Allah.

Granny Hani said...

Nizam,
Guna kuasa veto.hehehe

Granny Hani said...

Kakcik,
Kita rasa kita dah bantu dgn sebaik mungkin utk mudahkan dia. Semoga Tuhan memudahkan juga.

Granny Hani said...

Mokjadeandell...
Kucing2 kita pun tau kita suka membebel...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...