Hai la nyawa,
Hai la badan..
Kita hanya cerita pasal dunia kita pun ada yg nak kecam.
Rupanya ada jugak makcik pakcik bawang kat dunia blog ni.
Apasal la duk kutip fikir pasal dosa pahala saya?
Blog saya ni bukan untuk jadi famous..
Blog merapu meraban suka hati saya jer.
Saya cerita apa yg saya nak cerita.
Nama pun blog saya, suka hati saya la kannnn
Nak ngadu, nak legakan stress.
Kadang tu nak kongsi lawak anak beranak.
Nak hibur hati kerana saya memang suka menulis.
Cara saya, gaya saya.
Nak baca saya persilakan
Nak komen pun boleh tapi biar lah komen membangun.
Kalau rasa tak selesa baca blog saya, jangan baca.
Sikit tak paksa tau.
Bila saya scroll semua N3 saya yang lepas2
Tak ada pulak N3 saya pasal kutuk orang.
Pasal kondem parti mana2 x pernah pun.
Saya juga bukan dalam sgt pasal agama jadi saya tak reti nak ulas dosa pahala orang.
Itu saya mengaku.
Memang saya jahil.
Dan saya ni dah tua, dunia saya tak menarik seperti dunia orang muda.
Dunia saya hanya ada anak menantu cucu, sanak saudara dan teman rapat.
Hobby saya dan kehidupan saya pun biasa biasa saja.
Tak berpangkat besar dan harta pun tak berbukit bukit.
Jadinya...apa kesalahan saya?
Riak? Allah hu Akhbar.
Maaf, saya tak tau tang mana saya riak kerana
Tak ada apa pun kelebihan saya untuk di 'riak'kan.
Sedih saya tau..
Di dada blog ini lah tempat saya hiburkan hati mencari kedamaian hati
tapi di sini pun ada juga orang yg cuba menyuntik duka di hati saya.
Tolong lah jgn buat macam tu....
2 comments:
banyak2 bersabar
dekat mana2 pun memang ada makcik dan pakcik bawang
Betul Hans, payah nak puaskan hati semua orang dan saya pun x bercadang nak buat begitu.
Terima lah saya seadanya.
Post a Comment