Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, September 20, 2008

MENJARING MIMPI


Aku masih jua menjaring mimpi
walau kapal telah sarat
memuat sampah.


Masih segar kuntuman bunga cinta
menghiasi taman hati
meski hati ini sering terluka
dan kau biarkan ia berdarah
terlalu perit menikam tajam
terlalu pedih menyiat perasaan
bagai api dalam sekam
membakar diri siang dan malam
tak kau peduli luka-luka itu membarah
menunggu waktu untuk pecah.


Ku tahu mahumu
terus aku menyatakan sayang
biar aku mendakap rindu
menjadi penunggu sepi berpanjangan
hanyut dalam harapan
sedang di hatimu
orang lain yang kau rindu.


Dalam kau membisu
dan sepi aku menanti
kau masih tegak berdiri
tak mahu ia memudar padam
dalam pedih mendidih hati ini
tak mahu ia pergi bersama angin
meski hati sudah tidak pasti
aku masih jua menjaring mimpi.

(Sebuah sajak hasil nukilan teman ku 'YAJUK'. Terima kasih teman, Kau mengigatkan ku bahawa hidup ini sementara, yang kekal hanya Dia..)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...