Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, September 8, 2008

Kepulangan

Sexy Myspace Comments
Aku mengintai intai daerah lama ku
Masihkah kau berdiri di situ
Sedang cinta mu telah ku biarkan bergelimpangan
Rindu mu telah ku hempas bertaburan
Ku sandarkan kelmarin yang luka
Disegenap resah rasa..
Marah ku adalah mahkota yang ku junjung
Kesal ku adalah duka yang tak berpenghujung
Lalu aku berpaling dari hati mu
Membiarkan kau bersendirian
menghitung nilai setia yg hilang..
Hari ini aku pulang dengan langkah yang patah
Penat nya mengejar pelangi, memburu mimpi
Kau menggalas lelah ku di bahu mu
Kehangatan nafasmu mencairkan beku nya cinta
Di hati mu jua ku temui diri ku yang hilang
Di daerah ini rupanya masih ada ruang
Untuk aku menguburkan duka semalam
Ku kikis keras nya selaput dendam yang
Membaluti hati..
Disebalik tabir kesal, kemaafan ku tumpah
Kerana kini baru ku tersedar dari keliru
Indah nya pelangi yang ku kejar
Cahaya nya adalah sementara..
Di hati mu jua ku temui
Ketenangan jiwa…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...