Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, September 8, 2008

Salam buat suami ku

Sexy Myspace Comments

Sampaikan salam ku pada suami,
masihkah di tempat kerja atau
meninjau tapak projek..
atau mungkin singgah di rumah YB
bersama hirup kopi
bersama susun strategi.
pagi tadi belum pun sempat melihat
mata anak bongsu..
telah bergegas ke kereta
kejar masa..
kejar peluang untuk kumpul lebih banyak wang
sampaikan salam ku pada suami,
di tengahari ini aku makan bersaorangan
asam pedas kegemaran nya
sejuk tidak ku sentuh
deringan talipon itu macam selalu
menandakan dia tidak akan pulang
malam ini
esuk pun belum tentu
lusa pun dalam dua
hujan di luar hanya menambahkan
sepi ku
dimanapun jika kau bertemu dengan suami ku,
ingatkan dia agar menghubungi ku
kerana aku di sini sebenarnya
mula merasakan diri
bagai tidak di hargai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...