Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, September 13, 2008

APA KHABAR SAYANG


Apa khabar belaian jiwa ku,

Sudahkah kau hirup kopi panas..

Roti mentega itu mengalas perut mu

Mulakanlah hari mu

Dengan dhuha yang berkat

Dan doa yang diangkat..

Bukalah jendela hari mu

Biar mentari menyapa pipi mu

Mengusap hati mu

Kehangatan yang membakar

Semangat juang mu

Selangkah lagi menuju masa depan

Selagi ada nafas,

Hidup perlu diteruskan

Apa yang masih kau cari

Keredhaan Dialah yang

memimpin mu ke

ruang syukur

Gagahlah hadapi ranjau

yang mematangkan mu

Sedialah untuk ujian

yang zahir dan ujian

yang tersembunyi

Dalam kau duduk duduk

Menikmati hari mu

Sesekali halakan ingatan mu

kearah ku…

Kerana aku ini kekasih

Sentiasa mendoakan

kebahagiaan mu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...