Betul kata kawan ku Hawa.. Rasa hati tidaK dapat dilihat dengan nyata Sayang boleh menjadi benci sekelip mata Mulut manis bersulam racun berbisa Hawa tertawa bila aku kata kau tidak serupa itu Lidah mu tidak bercabang seribu Hati mu tulus mulus suci jernih Hari ini Hawa tertawa lagi Kerana cinta mu rupanya boleh dijual beli Aku sekadar perhentian melepas lelah kau anggap aku tidak tahu percaturan mu kau lukakan hati ku Hawa mula menangis bila aku katakan Nasib tidak menyebelahi ku Seperti Hawa, air mata ku membasahi hati dan melemaskan harga diri kami..
No comments:
Post a Comment