Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Monday, September 8, 2008
Kasih ibu, Sayang bonda
Anakanda curahan kasih bonda,
Sekiranya sesuatu yang melukakan
menghampiri mu..
Dan kau rasakan duka ini
tidak dapat kau tepis lagi..
Bersedialah untuk bertemankan air mata
Relalah untuk menjeruk rasa…
Tabahlah menghadapi ribut perasaan.
Badai kehidupan
Yakinlah Tuhan bersama mu
Sebagaimana Dia juga sentiasa bersama ku
Diwaktu waktu begitu….
Putera puteri buah hati bonda,
Sekiranya kau di selimuti kebahagiaan,
Sujud,syukur dan berterima kasihlah pada Nya.
Dengan izin Nya lah kau aman hati dan perasaan
Mewah kasih, kaya sayang, limpah rezeki
dan nikmat kesihatan
Jadilah yang terbaik untuk diri mu
Untuk yang menyanyangi mu
Juga untuk yang memusuhi mu
Kerana penawar racun
adalah madu…
Penawar dendam adalah sayang...
Lima permata di hati bonda,
Masa depan adalah di luar jangkaan
Seringkali apa yang kita cuba elakkan
Lebih cepat menerkam,
dari apa yang kita idamkan
Aku tidak pernah menjanjikan
bahagia tanpa cela..
Tidak juga sanggup untuk melihat mu
tersungkur dalam derita
selamanya…
Namun apalah daya ku…
Usia dan ketentuan
bukan dalam genggaman ku
sekadar membekalkan sedikit pesan
secubit restu dan sesuci kasih
seorang yang bergelar IBU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment