
Kerana kita telah dewasa dan matang
Kita sepatutnya dapat membaca
dengan jelas dan terang
Tidak perlu menunggu huraian yang
berjela jela
Harus dapat membezakan
antara intan
dari yang kaca
Antara keikhlasan
atau sekadar lakonan semata
Pengalaman mengajar kita
Menilai pandangan mata
Mentafsir baris kata kata
Mengukur panjang nya langkah
Mencatur hari esuk
agar kita tidak rebah.
Tetapi
kita seringkali
kalah pada desakan hati
Kerana hati kita tidak pernah
mahu belajar dari kesilapan
Hati dan perasaanlah
yang mengundang pelbagai
kemungkinan...
1 comment:
u r damm great n supper creative.....cool.asoc
Post a Comment