Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, September 11, 2008

Apa ada pada nama


Bila saja di beritau nama pena ku 'DEBUMELUKUT' orang mesti pandang semacam jer..kenapa nama tu??tanya kekawan...knape dengan nama tu?? salah ke..
Itu lah nama pena ku..Nama yang aku rasa cukup sinonim dengan diri ku...Tak yah lah aku menjelaskannya lagi panjang lebar...Baca aje lah karya ku ini....Semoga segala pertayaan kalian terjawap...Salam dari ku dan terima kasih kerana meluangkan masa membaca Blog ku yang entah apa apa ni...:

Nama ku debu
Bukan intan payung junjungan
Tidak juga emas tempawan.
Jauh sekali tambatan hati
Debu yang datangnya tidak di undang..
Seringkali di persalahkan
Bila kilauan kaca dan sinaran logam
tampak kusam
Tidak mustahil debu seringkali di sumpah seranah,
Tidak berpeluang membela diri kerana
Siapalah yang sanggup menjadi saksi
Sedangkan debu itu sendiri
tidak mau diadili
Biarlah aku terus menjadi debu
walaupun sekadar menumpang di alas kaki
Debu tetap bersyukur kerana yang di sapu buang
hanyalah debu yang berada di mahkota takhta
Disini debu aman bertemankan
melukut yang terjatuh dari tepi gantang..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...