Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, September 16, 2008

Pantun 'Raya jangan tak Raya'

Sorong papan tarik papan

Buah keranji dalam perahu

Solat terawikh ponteng sakan

Puasa tak cukup tak sapa tahu


Dua tiga kucing berlari

Mana sama si kucing belang

Tengah bulan dah dpt gaji

Sekelip mata duit terbang


Buai laju laju

Sampai hujung senja

Beli songkok tempah baju

Biskut penuh meja


Satu dua tiga empat

Anak ikan sudah lompat

Jalan jem bersesak sesak

Balik kampung menjadi adat


Tuai padi antara masak

Esuk jangan layu layuan

Anak bulan sudah nampak

Esuk nanti raya sakan


Pisang emas di bawa belayar

Masak sebiji di atas peti

Zakat fitrah sudah ke bayar?

Duit raya buat tak reti


Pulau pandan jauh ke tengah

Gunung daik bercabang tiga

Maaf ngumpat mengaku salah

Esuk esuk mengata pula


Anak rusa nani

Baru tumbuh tanduk

Mercun buatan sendiri

Putus jari putus telunjuk


Kajang tuan kajang berlipat

Kajang saya mengkuang layu

Nasi dagang rendang ketupat

Pizza, KFC sure tak laku


Sorong papan tarik papan

Buah keranji dlm perahu

Sila masuk jamah hidangan

Makan free sapa tak mahu


Di mana dia didik ku tadi

Padi ku tumpah di bawah tangga

Nak tayang kereta kat mana lagi

Time ni lah berkumpul sedara


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA KENALAN DI MANA JUA BERADA.
.MAAF ZAHIR BATIN.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...