Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Sunday, September 28, 2008
Hari minggu selepas subuh
Niat nak tido smpai separuh pagi
Pusing kiri, pusing kanan
mata pejam otak ligat
pakaian kotor penuh berbakul
pinggan mangkuk lemas di singki
penyapu memanggil manggil
perabut sarat debu
rumput di laman subur tanpa baja..
bantal terasa panas
sesekali mata melirik pada jam
hampir tujuh pagi
awal lagi
pejam dan cuba tutup pandangan
tutup pendengaran
deru enjin lori memunggah sampah
turut mengheret aku dari katil
bergegas keluarkan sampah yang terkumpul
cebisan harta yang tidak diperlukan
satu hari nanti kaftan koyak yang ku pakai ini
turut menjadi sampah terbuang
atau pengesat kaki...
pintu bilik ku kuak..
dengkur roommate membuatkn aku iri
sedapnya tidor bila otak bebas dari jadual kerja
tapi aku yang beberapa kali mencuba
untuk menyambung mimpi
tidak pernah berjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment