Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, July 16, 2009

Ada resah di hati Paejah

Paejah tidak rebah
Gadis itu sekadar terjatuh
Tersadung luka yang yang berselerakan
Tidak ada yang punah
Hati masih belum berkecai
Sekadar retak yang bisa di ubati
Serpih yang sedikit itu tidak apa apa
Bangun lah Paejah mengadap mentari
Tinggalkan saja sang pelangi tujuh warna
Seri cahaya itu hanya menyakitkan mata
Menjadikan kau lupa
Pelangi hanya menyapa seketika
Sementara.
Bahasa cinta suria yang setia
Menghangatkan seribu rasa
Hilang beku malam kelam mu
Kerana esuk mentari tetap datang
Setia selagi putaran alam
tidak derhaka..
Paejah,
Cinta ini menyakitkan.
kecewa ini merobekkan hati
Hidup ini sememangnya penuh
ranjau dan duri.
( Paejah, aunty doakan bahagia sentiasa bersama mu..)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...