Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, July 31, 2009

Pencuri

Rupa rupa nya malam tadi rumah ku di geledah pencuri. Alhamdullilah, yang hilang hanya lah barangan bukan nya nyawa Agaknya sudah rezeki mereka dan aku sikit pun tidak kesal..Harta boleh dicari.Aku yakin Tuhan telah memperuntukkan bahagian yang lain untuk kami. Adalah tu hikmah nya disebalik kejadian semalam Aku redha. (Melalui tingkap ini lah pencuri tu masuk)
Hati ku sebenarnya bersimpati dengan si pencuri sama ada berseorangan atau berkumpulan. Alangkah takut nya hidup seringkali di bayangi hukuman2 dunia, apalagi hukuman dari Allah Subhanaawataala..Orang lain nyenyak tidur, mereka terpaksa bersengkang mata, meredah gelap malam dan kerja secara sembunyi sembunyi..Susah tu sebab silap hari bulan muka masuk paper..Publisiti murah tu..Ish, tak patut la kan.
Mereka adalah manusia yang tidak pernah tenang hati nya dan sentiasa dihujani dengan doa bala dari orang orang yang telah mereka rampas hak nya.Makanan mereka adalah maki hamun dan pakaian mereka jauh dari disaluti keberkatan..Aduhai malang nya nasib mereka. Semoga Tuhan membuka mata hati mereka untuk bertaubat sebelum mati kerana di akhirat lebih banyak pedih siksa yang menanti..Kita yng lebih bernasib baik dari mereka ni hanya mampu berdoa agar jangan lah ada diantara keturunan kita yang sesat begitu. InsyaAllah, Tuhan maha mengetahui dan adil.. (Habis bersepah bilik ni..)


6 comments:

liza allbi said...

alhamdulillah....yang penting semua selamat. harta benda boleh di cari lagi...

DrSam said...

syukur hanya kehilangan hartabenda dan tiada sebarang kecederaan. Nyawa lebih utama.

NoRT said...

syukur slamat... da rezki dia kan

nik nazlyne said...

mereka mencuri 'tok cara' dah dosa pahala hukuman bagai...mereka ada target nak harta benda cara mudah. elin rasa yg berharga laptop je la elin ada yang lain tak dop...

Siti @ nurie said...

Alhamdulillah..nasib baik tak dia apa2kan akak ngn family....

TokNabe said...

Itulah yang ditakuti, rumah dicerobohi orang. Cuma alhamdulillah tak ada sesiapa yang cedera. Bersabarlah,harta boleh dicari dan diganti......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...