Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, November 6, 2009

Bermalas malasan

Hujan dan hujan lagi.
Hujan begini malas nak mandi pagi.
Nak terus berselimut dan pejam mata.
Hmm..Hari ni cuti, menambahkan tahap kemalasan ku.
Paksa diri ke dapur untuk isi perut.
Ubi rebus panas2 cicah sambal tumis
atau cicah kelapa gaul gula pun ok.
Kopi panas sedap jugak walau hanya cicah biskut.
Kalau rajin goreng pisang
atau buat cucur udang..
Kasut sekolah anak basah belum di cuci lagi.
Di jemuran pakaian tak kering2
Tak payah kerja la mesin basuh hari ni..
Penyapu sampah turut bercuti.
Pas tu nak buat apa?
Semak kertas periksa pun buat lagi mengantuk.
Nak kuar rumah rasa tak kuasa.
Nak pijak bumi basah pun tak sanggup.
Menggigil sejuk.
Kucing2 pun tak bukak mata,
berlingkar di kerusi empuk, rampas kuasa.
Alasan untuk ku ngadap computer memang kukuh.
Tapi jari sejuk, malas nak mematuk..
Tonton movie rehat minda atau membaca?
Malas juga lah,
Semua tu ubat tidor bagi cuaca macam ni.
Sesekali hantar sms untuk mu.
Haah? tak balas punnn...
Sama laaa tu..membuta juga.
Hujan yang turun membekukan
segalanya...
Yang terbaik hanya lah
Tarik selimut dan pejamkan mata.
Zzzzzz.......Bestnyeeeeer.

11 comments:

nikki said...

cukup2 laa tu tido..kebetulan hujan renyai dan berhenti-henti elin lepas subuh bersendirian saksikan gelora laut di taman awam batu buruk dengan sapaan bayu monsun timur laut menambahkan lagi sayangnya akan bandar ini(yang agak jauh dari tanah kelahiran tercinta)

Lee said...

Hello Hani, hujan you enjoy tidur lambat....you should experience a cold
-25'c, snow and ice....susa nak bangun from under the comforter, ha ha.
You have a nice day, Lee.
Ps, noticed your callsign at PakMat's.

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, cikgu hani, u sebut pasal rebus ubi cicah sambal tumis atau kelapa gaul gula tu kecur air liur saya, bestnya minum plak air kopi panas...hehehe..kat sini ujan tak berhenti juga...

Tok Ngah said...

Tok ingat bilo last makan ubi rebus ..... fuhh, tertukar kerakyatan secara otomatis ke aku ni?

sukrinah said...

samalah tu.. ari ini cukup malas ditambah dgn hujan lebat...woooo...(cari alasan). @ elin, wat menda seorge kat pantai batu buruk pagi2 lagi?.

Granny Hani said...

ramai minat ubi rebus ni..ingat kita jer.

unclelee, nice for u to drop by n tq

Granny Hani said...

Balik kb la wei kalu nak main air...

Maiyah said...

sronok sejuk2 nih mmg sgt ler liatnya

nikki said...

auntie sukrinah jomlaa teman kalau tak hujan...tu je masa yang ada pagi2 minggu selepas tu busy dah nak cara ke budak2 buas tahap dewa.

Granny Hani said...

kalu Su duk Ganu, Su lah peminat laut yg no1..Kirim salam ko ombak deh. Elyn bila nak berenang di Pelangi Mall nya..? Su duk tunggu ni.

nikki said...

Su peminat LAUT? nanti elin pergi di gigi air akan elin sentuh air laut simbol sampaikan salam Su kpd ombak yang tak pernah puas menghempas tepian pantai. petang raya kedua marilah.berenang malam pun best gak. harap2 tak hujan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...