Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, November 15, 2009

Cobaaaaaaaaaaaaaan...

Dah dua tiga hari tak mematuk keyboard.
Keadaan tak mengizinkan.
Badan tak berapa sihat..
Minda tersumbat.
Hati rasa tak sedap.
Naper ye?
Adalah tu, tak kan dalam hidup ni nak happy sokmo.
Tak kan sekali sekala berduka pun nak keluh kesah.
Lumrah kehidupan mcm ni lah..
Masa kita di duga oleh Allah Subhanawataala,
Kita nangis2 tanya Tuhan..kenapa saya?
Kenapa saya yang asyik di duga...
Cuba tanya kenapa tidak saya?
Apa kelebihan saya sehingga saya tidak layak untuk menerima dugaan dari nya?
dan tanya lah juga,
Apa kekurangan saya sehingga Tuhan tidak senaraikan saya dalm golongan yang istimewa ini?
Saya yakin, Tuhan menduga hamba nya yang terpilih sahaja.
Tuhan menduga mereka yang dapat menghadapi dugaan Tuhan dengan redha.
Tuhan tahu kemampuan makluknya lantaran itu saya yakin,
Tuhan tidak akan membebani saya dengan cobaan yang tak mampu saya hadapi.
Alhamdullilah, sehingga saaat ini, saya masih lagi redha dengan bahagian yang Tuhan telah peruntukkan buat saya.
Dan saya sentiasa berdoa semoga Tuhan memberikan saya lebih kesabaran untuk saya menghadapi dugaan dan cobaan yang masih berbaki untuk saya.
Tuhan tahu yang terbaik buat saya.
Semestinya begitu.
Yakin.

( Dah boleh mematuk ni tandanya saya dah melalui dugaan Tuhan itu dan masih boleh melangkah kehadapan dengan tabah dan redha,InsyaAllah.)

10 comments:

Pengembara silam, said...

Betul tu jentayu.. Allah menguji hambanya dengan pelbagai cara.Ada yg diuji dengan kesakitan, kepayahan,kemiskinan.Ada yg diuji dgn kesenangan, kesihatan,kekayaan...Kita hambaNya

Maiyah said...

sy pun dah mematuk gak

KUNTONG said...

Dugaan dari Allah ada hikmahnya.Hadapi dengan tenang dan sabar, jangan mengeluh.

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, betul kata cikgu Hani tu, cuma orang yang terpilih sahaja akan diduga dengan kepayahan, bersabarlah, dan sentiasa ucapkan alhamdulillah..kerana orang yang diduga dengan kepayahan itu amat tinggi darjatnya disisi Allah.

Perempuan Kalis Peluru said...

layukallifullahu nafsan illa wus'aha...
la takhaf wala tahzan....

Granny Hani said...

tq everybody..

Tepi Sungai Batu said...

Allah akan memberi ujian yang lebih kepada hambaNya yang Dia sayang.

Relevan said...

Cobaannnn...

naz ilyn said...

salam... sesungguhnya dunia ni penuh pancaroba segala yang kita lalui dengan semangat yang kental menguatkan keimanan kita.

Anonymous said...

Kita merancang dan tuhan tentukan. Setiap hari kita selak kelendar untuk tahu bila? Apa? Bagaimana? di mana bermula dan berakhirnya rancangan kita. Macam drama yang berepisod... kita dah tau apa sudahnya tapi perancangan Allah tidak dapat dibaca. Ia terkadang menjadi suratan atau mungkin juga kebetulan. Bulan... ya, bulan di langit tu,,, tidak selalunya purnama, menjadi bulan sabit beberapa ketika dan terkadang gerhana. Pun begitu... anda masih ada lampu suluhkan? (mak cu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...