Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, November 17, 2009

Kenapa saya di sini

Ada orang berblog untuk berbangga dengan kejayaan2 yang telah di capai nya
But not me..
Saya sentiasa di sapa kegagalan,
jadi tak ada apa yang nak saya canangkan.
Bila awak berjaya saya tumpang gembira saja, Alhamdullilah.

Ada orang berblog untuk berkongsi cerita2 bahagia milik nya.
Bertuahlah jika kebahagian itu milik anda.
Sangat2 bertuah.

Tapi bagi saya kebahagiaan itu bersulam payah.
Maka saya redha dan hadapi segalanya dengan tabah.

Ada orang berblog untuk memancing simpati.
Tapi saya tidak memerlukan simpati yang sebegitu.
Saya perlu gagah dan bangun dari rebah.

Ada orang berblog untuk menambah kenalan
Saya rasa jika kebetulan dapat kawan baru, itu kira bonus yang tidak di tolak.
Tapi sedia maklum, sahabat sejati sukar untuk dijumpai.

Ada orang berblog hanya sekadar untuk berkongsi cerita suka duka kehidupan.
Saya pun begitu...sekadar menulis mengikut apa yang terlintas.
tiada niat menyinggung mana2 pihak pun.

Kenapa saya berblog?
Kerana yg tersirat tu perlu saya jadi kan tersurat.
Kerana inilah saja bahasa jiwa saya yang ingin saya tinggalkan sebagai pusaka.
Mana tau, mungkin hari hari terakhir saya sudah berada di ambang pintu..
Segalanya di sini.
Hari hari yang saya lalui sebagai

anak,ibu,isteri,perempuan yang jauh dari sempurna
yang serba kekurangan..
yang tidak ada kelebihan.
Syukur Alhamdullilah...Di sini, di blog saya ni saya boleh melepas lelah,
Boleh tumpahkan rasa,
Bebas mengikut alunan minda.
Di sini saya tidak bersendiri kerana di sini saya rasakan,
saya masih boleh tumpang berteduh
di rimbun kasih Mu Tuhan...

7 comments:

naz ilyn said...

salam... aku menulis bukan kerana nama... aku menulis bukan kerana glemour... aku menulis catatan kehidupan untuk sama-sama berkongsi kebaikan, suka duka dan pengajaran.

Maiyah said...

sy menulis krn penuhi masa dan cite2 sy ttg diri dan apa saja yg terlintas.. blasah je hehe

Abam Kie said...

kak hani, janganlah terlalu merendah diri. setiap insan dilahirkan dengan keistimewaan yg tersendiri. mungkin ada kebolehan kak hani yg tiada pada org lain? cayalah!

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, cikgu Hani, saya menulis pula hanya sekadar memenuhi masa lapang, sekarang dah jadi hobilah plak..

farachoc said...

salam ziarah...blog penuh luahan hati.jemput singgah jenguk homemade chocolate sa :)

Anonymous said...

Tulis kerana DIA... pasti dapat pahala...!

umi_e said...

salam... kita buatlah apa saja asalkan tidak mengganggu orang lain kan...

* yang penting niat kita tu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...