Nurul Adlura,
Selamat bergelar 'Cikgu'
Semua guru bisa mengajar ABC
membaca dan mengeja.
Tapi yang mengajar murid menjadi
anak yang tidak derhaka pada ayah bonda,
adalah guru istimewa.
Semua guru bisa mengajar murid mengira
sifir dan angka berjuta
Tapi yang mengajar murid menjadi amanah
tidak menipu dan mencuri
adalah guru istimewa.
Semua guru bisa saja mengajar murid melukis,
melakar corak dan potret peribadi
Tapi yang mengajar murid menerima kekurangan
dan mensyukuri kelebihan
adalah guru yang istimewa
Jadi lah guru sehebat guru itu adik ku Adlura.
Langkah mu sebagai 'cikgu' masih hijau.
Masih banyak yang perlu kau jelajahi
Cubalah hampiri anak anak itu..
kerana dari mereka lah..
Kamu boleh menilai kemampuan diri.
Cikgu Adlura,
Bacalah bahasa pandangan seorang anak,
sebelum anak itu terlebih dahulu,
membaca apa yang berada di hati mu..
kerana anak anak itu sebenarnya
adalah masa silam mu...
1 comment:
selamat menjadi guru. semoga pekerjaan mulia ini mendapat ganjaran pahala dariNYA.
Post a Comment