Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, June 7, 2010

Anak saya.

"Mummy saya tu".
Itu kata Anis kepada kawan2 dia sewaktu nama saya di panggil kedepan untuk menerima hadiah tempat pertama pertandingan' Lukisan Batik'.
Bukan kawan2 dia tak tau yang saya ni mak si Anis, satu sekolah dah tau..Anis pun tau yang semua orang dah tau dia anak saya.
Tapi kata2 tu spontan keluar dari mulut dia bila dengar nama saya di umumkan.
Spontan tanpa berlapik dari hati seorang anak.
Tak payah berbunga bunga bahasa, tak payah berpantun seloka..
'Mummy saya'
Bahasa cinta yang paling ikhlas yang pernah saya dengar.

4 comments:

sI tEDI said...

Tahniah menang!

maiyah said...

wah.. tahniah.. 'mummy punya'..

kak Erna said...

tahniah..meang dan anak tu sebenarnya bangga..alhamdulillah..seronokkan..

hani@debumelukut said...

diwaktu orang lain buat kita rasa tak dihargai, anak2 lah yang mengubat luka..Sykur Alhamdullilah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...