Semenjak balik dari luar negeri ni otak saya jadi tak betul ke hapa..??
Sepatutnya dah pergi bercuti tu, fikiran bertambah tenang..
Entah kenapa, setelah lebih luas pandangan dan lebih jauh berjalan,naik bus, train,cab, flight, ferry dan mcm2 jenis kenderaan lagi, makin banyak pertanyaan yang menerjah fikiran.
Bertuahnya saya dilahirkan sebagai seorang muslim.
Bertuahnya saya dilahirkan di Malaysia.
Syukur Alhamdullilah...Bagaimana dengan yang tak bertuah?
Kenapa jadi tak bertuah?
Silap siapa?
Saya tengok seorang muslim (Sah dan berbukti muslim) menghidangkan wine secara terbuka.Mungkin di negara orang, tak siapa kisah...Tuhan?
Walau tidak didedahkan, isu perkauman amat ketara.
Kemiskinan tetap ada..Pengemis dimana2...Dalam TV tak ada pulak mcm tu.
Tapi hati saya tersentuh juga....
Saya perhatikan seorang anak membawa bapanya naik ke Eiffel Tower. Bapanya berkerusi roda..Kagum? Bertuahlah bapa itu...
Saya dihadiahkan bantuan ikhlas dari seorang yang membantu saya beratur di barisan yang sepatutnya sewaktu membuat bayaran di kaunter..Bahasa saya dan dia tidak sama tapi dia tak putus2 bercakap, menerangkan apa perlu saya buat..Saya memahami keiklasan dia menolong pelancong asing seperti saya.Dia hanya meninggalkan saya setelah saya selesai membuat bayaran..dengan senyuman saya ucapkan 'terima kasih' dan saya pasti dia faham bahasa hati saya.
Dimana saja ada pelbagai golongan manusia..Kalau yang bersifat negatif tu, dimana juga boleh bersifat demikian.., bukan kerana bangsa atau keturunan...begitu juga sebaliknya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment