Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, June 13, 2010

Zie dan saya.

30 tahun dulu.
Zie pengantin yang di rai,cantik berseri.
Saya turut berada di samping Zie, meraikan mempelai.
Itu lah kali terakhir kami bertemu.
Dan petang tadi,
Kami berpelukan dan sebak.
Tuhan pertemukan kami.
Alhamdullilah.
Kami tak cukup mulut untuk bercerita.
Ketawa sampai keluar air mata..
Imbau kenangan dulu dan kongsi cerita baru.
Dulu kalau bertemu, cerita pasal pahit manis dunia remaja
Hari ni kami cerita pasal pahit manis berumah tangga.
Dulu kami bincang pasal ubat jerawat.
hari ni kami kongsi petua mengurangkan sakit2 urat.
Dulu kami dara manis yang pandai bermain mata.
tadi kami membilang kedut usia dan bercermin mata.
Zie, Bagaimana kamu hari ni..Bahagia tak?
Zie tersenyum sambil memulangkan soalan itu kepada saya.
Saya bahagia seadanya kata Zie.
Saya pun bahagia seadanya...kata saya.
Zie dan saya ketawa dan membiarkan duka mengalir tumpah.
Zie dan saya sama sama tau
Mimpi Sang Puteri tiada lagi
Zie seperti juga saya,
Memahami payah nya merealisasikan mimpi.

2 comments:

Anonymous said...

Wahai Jentayu, wahai debu melukut, wahai ombak tak tau,kita sudah kesiangan bahkan sudah mencecah senja. Tiada lagi mimpi kerana Jentayu yang patah sayapnya telah cuba kau jahit,serpih paruhnya telah kau canaikan. Melukut berdebu bukan lagi menjadi habuk kerana telah kau tiup mejadi kelip-kelip yang bercahaya dan kau bukan lagi ombak tak tau kerana kau cukup tau. Amat mengerti dan aku yakin kau adalah antara ribuan Sang Puteri yang ditatang hari ini.-makcu-

kak Erna said...

salam hani..bertemu selepas 30 tahun..seronok dan gembira sungguhkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...