Kerana 'guru' sering di labelkan manusia serba boleh maka kami mesti boleh.
Harus boleh buat apa saja demi mereka.
Paling senang untuk menghiburkan mereka ialah menjadi sebahagian dari mereka.
Hari ni kami jadi kanak2 kembali..
Persembahan yang tak sehebat konsert di Stadium Bukit Jalil pun.
Tapi kami seronok dan bangga kami boleh buat jugak.
Puas bila dengar sorakan dan tepukan gemuruh dari murid2.
Cukuplah mereka jadi peminat setia.
Riuh murid2 gelak tengok guru disiplin yang garang dan tegas menjadi nelayan.
Penolong kanan jadi Tok Bomoh Siam..
Uztazah jadi petani,
Dan cikgu yang diminati jadi tukang sapu..
Hari ni demi anak2 ini kita jadi apa saja asal mereka gembira.
No comments:
Post a Comment