Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, June 30, 2010

Saya hanya boleh tutup mulut tempayan.

Cakap la apa apa pun.
Ulas lah dalam bentuk bagaimana sekali pun saya tak kisah.
Mulut masing masing, Hati tak sama.
Minda juga berbeza.
Kalau awak rasa saya macam ni, betul lah tu.
Kalau awak rasa saya macam tu pun betul.
Dah tak kuasa dah saya nak betulkan setiap jalan cerita.
Sudah nya awak lebih suka dengar cerita sensasi
dari cerita yang betul dan benar.
Ada orang suka bertanya orang lain untuk mengesahkan cerita.
Tak mau tanya empunya diri tu kenapa?
Sengaja tak nak dengar yang sebetulnya la tuh.
Yang sahih tak ada umppp!!!
Tanya orang lain lagi best,
Ada penambahan perisa..
Tambah kicap, cuka...enak tambah selera.
Jangan risau saya tak marah pun
Kan saya dah kata mulut tempayan boleh la saya tutup.
Mulut awak, biarlah di hurung lalat pun, tak mau saya tolong tutupkan nya.
Lagi pun seronok juga tengok orang yang suka jaga tepi kain orang ni.
Kain sendiri compang camping, saja tak nak ngaku....
eiiii....tak malu!!!!

1 comment:

mokjadeandell said...

cik hani,salam. makcik saja jalan jalan,jumpa blog cik,terus berkenan.
Dlm workplace,paling selamat kalau kita jadi pendengar tanpa kata.Silap bicara,isu tu jadi hakmilik kita bukan depa.
Dan kalau nak luah jua,sorang cukuplah tak perlu ramai ramai takut ada yg tengah mamai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...